Owner Post Them + Follow Dash



Atelophobia
Atelophobia;

Bonjour!


Hello and welcome to my blog
I pour my heart and thoughts here
Pardon my words

Tagboard

⊰HOVER ME!⊱
Hey ! Thanks for visiting ! Enjoy yourself ! Have a greatt dayyyy gais ! :D
Some of my friends call me weird. And, i'm fine with that okay ! I love being myself. So, keep love yourself and don't easier give up ! Fighting !!
Pikachu LOVER !


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
Saya bersama2 alam fantasi saya.

Pilihan Dari Allah :')

                                

::Assalamualaikumm::
 




Allah tidak pernah menjanjikan langit selalu biru
Allah tidak pernah menjanjikan jalan hidup tanpa batu
Allah tidak pernah janjikan matahari tanpa hujan
Allah tidak pernah janjikan kebahagiaan tanpa kesedihan
Allah tidak pernah janjikan kesuksesan tanpa perjuangan

Akan tetapi...

Allah menjanjikan kemudahan bersama kesulitan
Allah janjikan Rahmat dalam ujian
Allah janjikan ganjaran dalam kesabaran
Allah janjikan keteguhan dalam perjuangan  :'>


Ketahuilah,
 walau jutaan tangan yang menghalang kamu dan dia untuk bersatu,
akan tetapi jika Allah takdirkan si dia untuk kamu,
pasti Allah akan satukan kamu walaupun pahit dan payah.
Dan ketahuilah jua, walaupun berjuta tangan yang datang untuk menyatukan kamu dan dia,
akan tetapi Allah takdirkan dia bukan untuk kamu, pasti kamu tidak akan bersatu,
dan apabila Allah telah memilih dia untuk kamu,
 maka bersyukurlah dan terimalah dengan hati yang penuh dengan keikhlasan dan keredhaan,
kerana dia adalah pilihan dari Allah.




Akan tiba saatnya, 
di mana kita harus BERHENTI MENCINTAI SESEORANG bukan kerana kita PUTUS ASA 
untuk mencintainya tetapi kerana kita MENYEDARI bahawa ada insan lain yang lebih mencintainya 
dan kita merasakan bahawa insan yang kita cintai itu akan LEBIH BAHAGIA 
apabila kita MELEPASKANNYA 
Jika hanya ingin memiliki, 
itu BUKAN CINTA namanya 
Cinta memerlukan pengorbanan, demi meraih sebuah kebahagiaan InsyaAllah




Andai suatu saat aku hilang daripada pandanganmu, 
usah kau cari aku kerana aku tidak pernah meninggalkanmu. 
Andai suatu saat aku berhenti menghubungi dirimu, 
usah kau gusar kerana aku juga ingin waktu untuk diriku. 
Andai suatu saat aku mengalirkan airmataku, 
usah kau usap kerana aku ingin membasuh kekecewaan hatiku.

Namun andai suatu saat engkau hilang daripada pandanganku,
aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dirimu.
Andai suatu saat engkau berhenti menjawab panggilanku,
ingatlah aku sentiasa ada saat-saat kau memerlukan diriku.
Andai suatu saat kau tersenyum bahagia,
aku juga akan tersenyum gembira melihat dirimu bahagia.

Cuma pesanku,
andai suatu saat engkau memerlukan aku
dan aku tiada untuk membantumu
usahlah kau rayu aku
Bukan kerana aku membenci dirimu
tapi kerana aku takut aku akan menyakiti hatimu