
|
Bonjour! ![]() Hello and welcome to my blog I pour my heart and thoughts here Pardon my words Tagboard
Hey ! Thanks for visiting ! Enjoy yourself ! Have a greatt dayyyy gais ! :D ![]() ![]() ![]() |
Antara Cinta dan Air Mata . Mengapa Harus Bercinta ? Apakah yang dimaksudkan bercinta? Mengapa harus bercinta? Cinta itu banyak yang boleh didefinisikan tetapi secara umumnya ialah cinta itu adalah satu perasaan sayang dan kasih terhadap seseorang insan. Cinta.. Sememangnya sangat sukar ditafsirkan. Ada ketikanya kerana cinta manusia buta hati dan mata menerima segalanya dengan rela dalam terpaksa. Ada masanya kerana cinta juga, manusia hilang pertimbangan dan saling berbunuhan sesama sendiri. Cinta juga membuatkan kita rindu pada si dia tatkala lama tidak bertemu tetapi ia juga mampu membuatkan pasangan bergaduh siang malam hanya kerana sifat cemburu akibat terlalu menyintai pasangan kita. Bersandarkan hikayat dan legenda, Tun Teja terpaksa melepaskan cintanya untuk berkahwin dengan Sultan Melaka, meninggalkan Hang Tuah yang sanggup berkorban segalanya demi Sultan. Begitu juga kerana cinta, Qais dianggap majnun (gila) oleh masyarakat keliling kerana kelakuan peliknya yang terlalu merindui kekasihnya, Laila. Manakala Laila pula hidup tidak keruan, serba tidak kena merindui si majnunnya yang sering melagukan syair dan puisi cinta mereka. Kerana cinta juga ada yang bertindak di luar kawalan apabila sanggup membunuh diri hanya kerana kehilangan kekasih seperti mana Romeo dan Juliet. KETENTUAN : Namun apa yang pasti, cinta adalah anugerah Tuhan yang paling indah buat kita sebagai manusia. Sementelah kita dijadikan untuk berpasangan maka cinta sejati itu tidak mengenal usia, pangkat, dan harta serta cinta juga nikmat hidup lebih dirasai. Cinta sememangnya satu hakikat bagi kita :) Hidup kita pastinya tidak akan sempurna tanpa cinta. Namun apa yang pasti, cinta abadi adalah cinta terhadap pencipta-Nya dan itulah ketentuan bagi setiap manusia :D |