Hanya Kerana Sedekah 10 sen .
Hanya
Kerana Sedekah 10 Sen. Allahu Rabbi! |
Assalamualaikum dan selamat
sejahtera sahabat-sahabat yang dikasihi. Tadi ada terbaca satu
kisah pengajaran yang diceritakan oleh seorang wanita. Kisahnya ringkas
sahaja, tapi penuh pengajaran. Jom kita baca kisah hanya kerana sedekah
10 Sen.
“Adik payung ni berapa harga?” tanya ku kepada adik penjaga gerai.
“Satu RM14.90 kak” jawabnya.
“ok lah akak nak beli satu yang ini” sambil tangan ku memegang payung
berwarna hijau. Lalu 2 keping note merah kuhulurkan kepadanya, dan baki
RM5.10 dihulurkan kembali kepada ku,namun aku kembalikan 10sen (sekupang
dalam bahasa utaranya) kepadanya.
“Ambillah dik akak sedekah
sekupang ni”. Bagiku yang penting aku dapat payung untuk mengambil
anakku dari kelas mengaji al-quran. kebetulan tanpa ku sangka hujan
turun mencurah-curah hari itu.
Selepas mengambil anak, aku
bercadang untuk ke gerai seberang jalan untuk membeli makanan tengah
hari, namun dijadikan cerita gerai makanan tersebut ditutup kepada orang
ramai kerana para pekerjanya sibuk menyiapkan tempahan.
Sesampai aku di hadapan gerai makanan tersebut, seorang pekerja menyapa
ku, “kak kita tak buka untuk hari ini, tapi bos saya kata kalau akak nak
beli jugak menu yang sama dengan tempahan ada lebihan”.
Salah seorang pekerja di situ bertanya kepadaku.
“Lauk asam pedas ikan parang, sayur kacang goreng dan sambal belacan saja menunya.” Dia memberitahu
“Hmm Bolehlah dik, bungkus dua”, kata ku.
Setelah bungkusan bertukar tangan lalu kutanyakan berapa harganya.
“Kak, bos saya kata tak payah bayar dia sedekahkan makanan ini untuk
akak dan anak akak”. Terpana aku seketika, Alhamdullillah rezeki bisik
hatiku.
Sepanjang perjalannan balik peristiwa itu bermain-main
dibenak fikiran ku. Pelbagai persoalan yang timbul, mungkinkkah kerana
sedekah sekupang ku Allah gandakan balasannya dan ia dibayar tunai.
Subhanallah…Alhamdullillah… Nikmat apa yang hendak didustakan lagi?
Aku teringat pada sabda junjungan yang pernah ku baca di laman rasmi
Jabatan Kemajuan Islam dulu. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda :
“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang
pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya” (Hadis Riwayat
Muslim)
Sedekah ini umpama pelaburan jangka panjang (long term
investment) kerana Allah telah menjanjikan Lima kebaikan di dunia dan
lima kebaikan di Akhirat iaitu;
5 kebaikan di dunia
Menyucikan harta
Menyucikan badan
Menolak bala dan penyakit
Mengembirakan orang miskin dan mengembirakan orang mukmin
Diberi keberkatan keatas hartanya dan diluaskan Allah rezekinya
Manakala 5 kebaikan di Akhirat pula ialah :
DinaungkanAllah orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas
Ringan hisabnya
Berat timbangannya (amalan) diakhirat
Mudah melalui titian siratal-mustaqim
Bertambah darjatnya di dalam syurga Apa yang aku pelajari dari
peristiwa ini untuk bersedekah tidak memerlukan wang atau harta yang
banyak sebagaimana Sabda Rasulullah SAW :
“Bersedekahlah kamu
sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu
dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan,
sebagaimana air dapat memadamkan api” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)
Paling penting hati kita mestilah melakukan dengan ikhlas kerana Allah.
Peristiwa yang telah aku lalui itu betul-betul membekas dihati kerana
sedekah sekupang aku dapat makanan untuk dua orang.
Sesungguhnya bersedekah itu indah, ayuh sahabat sekalian marilah kita membanyakkan sedekah kerana Allah.
◀ ▶